♫ ♥ ♪ SPEKTRUM = sejati + pengakuan + espiranza + kekuatan + tega + rindu + ukhwah + makhluk ♪ ♥ ♫

Hey guys! Welc0me to my bloggie! Hope k0rang enj0y kat sini! Jangan lupa tinggalkan jejak dan k0men k0rang kat sini ok! Thanx for visit my blog :) Love u all. Muahx ;)

Followers

Sunday, February 3, 2013

Bila Lelaki Merajuk


.Assalamualaikum 
Peacee Yo(!) ^_^v



Wah !!tajuk kat atas tu ....buat perempuan geram je kan ..hehehe ...Ha ..korang tahu ke ..kenapa lelaki merajuk Ada tak ...pakwe ke...@ suami korang yang suka merajuk ??...Sikap suka merajuk dan sensitif sinonim dengan diri wanita .Jarangla ...pulak kita melihat lelaki bersikap sedemikian.Tapi hakikatnya ada lelaki yang mudah merajuk dan sensitif .Jika sikap itu ada dalam diri seseorang lelaki ,apakah penyebabnya ....Hilang sifat 'macho' lelaki itu ...ke ...

Korang rasa lelaki handsome ni boleh merajuk tak atau sesuai tak merajuk  ? nak tanya soalan ni kat siapa ye  ?hahaha …aku dah gila ke nak tanya soalan ni .Tapi tak apa ,biar aku yang jawap ,rasa-2nya lelaki handsome memang susah nak merajuk kut sebab diorang kan jarang dikecewakan dan terkecewa sebab yang biasanya merajuk adalah perempuan. Apa tidaknya dah lah handsome tak kan nak tunjuk muka merajuk kat gadis yang dicintainya ,nanti turun harga diri ,betul tak lelaki handsome  kalau tak betul tak apa, it’s okay tak ada salahpun kalau tidak betul .(dalam hati aku, memang pun betul ,hihihi) .
Mudah ke lelaki handsome ni tersentuh hati bila hati mereka sakit ,mungkin susah nak tersentuh tapi kalau dah terlalu sakit mungkin luka itu akan berpanjangan dan akan sukar di sembuhkan ,bak kata pepatah sekali kecewa selamanya terluka ,betul tak wahai lelaki handsome .Senyumlah tanda setuju kalau tidak setuju ,senyum je lah biar wajah yang handsome tuh bertambah handsome dan menawan hati so boleh lah gadis kesayangan anda bertambah sayang ,betul tak ? atau aku je yang memandai-2 buat kenyataan begini.tapi tak apa ,itu terpulang pada diri masing-2 .
Lelaki handsome pun orang biasa je tidak lari dari perasaan merajuk .Lelaki juga ada perasaan .Tetapi mungkin terbiasa dengan imej lelaki handsome yang memang mempunyai ego yang tinggi dan tak nak mengaku yang dirinya pun ada kelemahan .tak nak mengaku dirinya ingin dipujuk dan dibelai ,betul ke lelaki handsome ?hmm …bagi tahu lah janganlah malu-2 .
Kesimpulannya ,lelaki kacak biasanya memilih berdiam diri kalau dia berkecil hati .Tak nak mengaku yang dia pun merajuk dengan orang tersayang .Akhirnya pendam je hingga luka tuh berbekas untuk masa yang lama .Lelaki hamdsome bila merajuk mesti nampak comel sebab muka kan dah memang handsome ,dia buat muka hodoh macam mana pun tetap akan comel ,adess bukan comel lah tapi handsome ,bukan begitu wahai lelaki handsome yang disana .Apa-apa pun wahai lelaki handsome hiasilah diri anda dengan peribadi yang tinggi ,iman yang kukuh ,senyuman yang ikhlas ,hati yang tulus menyinta ,dah lah handsome ,eloknya peribadi mesti Allah pun suka dengan ciptaanNYA yang tidak ternilai .Buat lelaki yang rasa dirinya tidak handsome ,janganlah bersedih kerana anda tetap terhandsome di pandanganNYA ,betul tak lelaki yang cute .Senyumlah kerana senyuman anda amat bernilai dari emas dan permata :)




BAGI WANITA ,SILA BACA ENTRY KT BAWAH NI EA :p

Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan .Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya .Kan ?Tetapi bila kerenah anda melampaui batas ,mereka mula berjauh hati .Jangan abaikan perasaan mereka .Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk .




Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk ,mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran.Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja .Kebiasaannya , mereka lebih banyak mendiamkan diri .Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda .


Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk ,mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes .Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya ,duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun . Walau tiada komunikasi antara anda ,dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku .


Jangan tanya perasaannyaElak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk .Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda .


Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego ,wanita juga punya rasa angkuh yang sama .Namun ,tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang .Jika terlalu lama rajuknya ,ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya (bagi yang berumahtangga) .Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan .


Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk ,lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara .Apa kata anda lakukan perkara yang sama .Hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia .


Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali ,duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut .Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja .Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama .




p/s : Susah sebenarnya nak pujuk lelaki yang kuat merajuk ni .Sabar je lahh .haha !

No comments:

Post a Comment