♫ ♥ ♪ SPEKTRUM = sejati + pengakuan + espiranza + kekuatan + tega + rindu + ukhwah + makhluk ♪ ♥ ♫

Hey guys! Welc0me to my bloggie! Hope k0rang enj0y kat sini! Jangan lupa tinggalkan jejak dan k0men k0rang kat sini ok! Thanx for visit my blog :) Love u all. Muahx ;)

Followers

Tuesday, July 23, 2013

Bila Rindu Seseorang, Berdoalah Dengan Doa Nabi Yusuf

Salam readers!!!


Bukak je FB terus tengok status kawan-kawan, kebanyakan mereka post status jiwang2, adeh ni mak TAK OK ni..heheheehe


Ada yang tanya tak de ayat nak bagi kita rindu dia, maksudnya doa rindu dari jauh macam doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha =) Nah, sape2 yang nak tu cubalah mungkin akan tersampai jugak walaupun dari jauh dan dalam diam mrgreen


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "


Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam mrgreen
:h: Dihati ini..Hanya Tuhan Yang Tahu :h:

Satu lagi, Bolehkah mencintai dia dalam diam? Tak tahu status dia samada bujang atau dah berpunya? ni pun ada orang yang tanya, ishk2
kelam kabut mira cari artikel pasal ni, nah korang =) mira bukan ustazah cinta yer..hehehehe kalau nak tnya tanya lah pada yang pakar USTAZ CINTA =)

Ni artikel mira jumpa dalam akuislam.com


Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

:n: Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

:n: Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

:n: Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

:n: Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


Berkait bukan?

Berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf tu , semoga dipermudahkan.. InsyaAllah =)



Bye2



p/s : copy by http://www.cikpjaz.com/