♫ ♥ ♪ SPEKTRUM = sejati + pengakuan + espiranza + kekuatan + tega + rindu + ukhwah + makhluk ♪ ♥ ♫

Hey guys! Welc0me to my bloggie! Hope k0rang enj0y kat sini! Jangan lupa tinggalkan jejak dan k0men k0rang kat sini ok! Thanx for visit my blog :) Love u all. Muahx ;)

Followers

Tuesday, July 23, 2013

Bila Rindu Seseorang, Berdoalah Dengan Doa Nabi Yusuf

Salam readers!!!


Bukak je FB terus tengok status kawan-kawan, kebanyakan mereka post status jiwang2, adeh ni mak TAK OK ni..heheheehe


Ada yang tanya tak de ayat nak bagi kita rindu dia, maksudnya doa rindu dari jauh macam doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha =) Nah, sape2 yang nak tu cubalah mungkin akan tersampai jugak walaupun dari jauh dan dalam diam mrgreen


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "


Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam mrgreen
:h: Dihati ini..Hanya Tuhan Yang Tahu :h:

Satu lagi, Bolehkah mencintai dia dalam diam? Tak tahu status dia samada bujang atau dah berpunya? ni pun ada orang yang tanya, ishk2
kelam kabut mira cari artikel pasal ni, nah korang =) mira bukan ustazah cinta yer..hehehehe kalau nak tnya tanya lah pada yang pakar USTAZ CINTA =)

Ni artikel mira jumpa dalam akuislam.com


Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

:n: Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

:n: Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

:n: Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

:n: Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


Berkait bukan?

Berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf tu , semoga dipermudahkan.. InsyaAllah =)



Bye2



p/s : copy by http://www.cikpjaz.com/

Sunday, February 24, 2013

Cemburu Tandanya Sayang :)


Dimulakan dengan assalamualaikum wbt. dan helooo :)

sejak kebelakangan ni perangai aku yang cemburu buta tak tentu pasal menjadi-jadi . *tolong lempang muka ak pleaseee . ha'ah :) ak pun tak tau kenapa . tapi bak kata orang dolu-dolu kan 'cemburu tandanya sayang' . so kiranya kalau tak cemburu tak sayang lah ? hahaha :p *gurau gurau . jangan buat tafsiran yang bukan-bukan ehh . siku korang kang . haha :p

kadang-kadang bila ak cemburu ak lebih suka simpan dan buat macam tak kesah je dan tunjukkan senyuman ak yang paling manis macam ni :) hahah . sebab dia pun jarang tunjuk cemburu dia soo tak fair laa kalau ak sorang je yang cemburu dengan semua ni . betul tak ? setiap relationship mesti ada keadilan walaupun dia sekarang dah jadi kawan ak je :) cemburu itu tetap ada . sebab hati ni masih sayngkan dia . memang setiap orang ada hak tapiii mana hak setiap orang dalam relationship tu . renung-renungkan dan selamat beramal . haha :p

ak tak de benda nak ceritakan kat blog ni sebenarnya . sekadar menyemakkan entry kat blog je . haha :p DAN-2 bila dengar lagu 150 juta kali dari ainan tasneem tu sedikit sebanyak macam terkena dekat aku jee weyhhh 
-.-'




Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu, aku sambil berkata


“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua-

saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua.

*yang warna purple tuu ada jugak la terkena tempiasnya . hahah :p




#Terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi ^^#

Friday, February 8, 2013

Jerawat? OH TIDAKKK !

Assalamualaikum ,Selamat Sejahtera and Hello everyone !


Hari ini aku nak bercakap tentang Jerawat .What Jerawat ?Jerawat adalah radang tempat kecil  pada kulit dalam bahasa Melayu (Sumber: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi bagi ketiga) .Jadi ,di sini ,adakah korang dah benar-benar tahu apa itu jerawat atau zits sebenarnya ?

Satu jerawat, zit atau tempat adalah sejenis jerawat, dan salah satu daripada banyak hasil minyak yang berlebihan yang mendapat terperangkap dalam liang roma (Sumber: Wikipedia)

Apakah Jerawat ?
Jerawat adalah gangguan dan keradangan daripada folikel rambut dan kelenjar sebum .Jerawat juga adalah luka-luka yang dihasilkan disebabkan oleh pengeluaran sebum yang berlebihan apabila kelenjar sebum dan folikel rambut adalah radang dan tersumbat. (Source: http://www.acnehome.com/about-acne/pimples-and-acne.html)


Masih keliru?
Nah, jerawat mengandungi nanah tetapi jika ia berlaku dalam jumlah yang banyak ia boleh anggap sebagai jerawat. Jerawat juga datang dalam pelbagai jenis. Yup, soooo banyak jenis jerawat .


Jadi ,sejak kebelakangan ini muka aku mempunyai begitu banyak jerawat yang bersaiz kecil dan besar di dahi dan pipi -.- Oleh sebab itu ,aku mencuba memakai Clean & Clear  active clear speed clearing gel .Itu pun setelah puas aku cari maklumat di blog-2 .




Harganya RM1O/satu .Aku kirim dengan kawan aku dan dia beli kat Watson .Beratnya 10g je .Nice tiub .kecil dan comel .senang di bawa ke mana-2 .Tetapi apa yang aku tidak suka tentang produk ini ,ianya macam tak berhasil menghilangkan jerawat pada muka aku ni :( Produk ni kata bahawa selepas 4 jam jerawat akan berkurang tetapi tidak ada kesan yang berlaku .Macam tu je .Tak berubah langsung malah jerawatnya makin membesar ada la -.- 


Buat masa ni aku nak habiskan dulu produk ni .Kalau tak ada perubahan juga ,aku terpaksa tukar produk Krim Safi Gamat Anti Jerawat pulak .


Sebab sebelum ni aku pernah cuba pakai sekali kawan aku punya .Nampak macam berkesan je .Jerawat ak jadi kering .Muka kawan aku pun dah okay bila pakai produk Krim Safi Gamat Anti Jerawat tu .Alarh .Produk safi ni bukannya mahal sangat pun .Bawah RM10 je .Ramai yang dah guna produk ni .Menjadi lah .Aku ingat nak beli 1 set produk safi gamat ni .Aishmen ..macam banyak je kan duit aku ni .haha .tapi untuk cantik kan ,apa salahnya :D baru bersemangat dan yakin sikit nak berdepan dengan orang :)



Love,
Mira



24/2/2013 - terbukti dengan penggunaan KRIM SAFI GAMAT ANTI JERAWAT amat berkesan untuk meredakan dan menghilangkan jerawat serta tiada kesan-2 sampingan berlaku .semuanya okay :)

-Tips Menjadi Pasangan Yang Baik-

1.TERIMA SEADANYA
Jangan cuba mengubah pasangan anda mengikut kemahuan kita.Ingat,pasangan yang kita kahwini itu ataupun yang dicintai itu adalah pilihan kita sendiri.Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.Terima segala kekurangan,kerana tiada manusia yang sempurna.Cuba fikirkan kebaikan pasangan kita daripada terus memikirkan kekurangan atau keburukannya.

2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA.
Jangan selalu membuat andaian tentang perasaan pasangan kita.Adalah lebih baik mengajak pasangan kita berbincang secara terbuka tentang semua perkara.
Belajar mengekspresikan perasaan dengan cara yang terbaik supaya pasangan dapat memahami ketika kita marah,terluka,tersinggung ataupun gembira.Ucaplah kata sayang sekerap yang boleh,walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan kerana itulah yang mahu didengar oleh pasangan.Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3. AKTIVITI BERSAMA.
Aktiviti bersama mampu merapatkan hubungan.Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama.Misalnya menonton video di rumah atau menonton wayang.
Kita perlu berhati -hati bila pasangan lebih gemar bersama kawan2 melebihi pasangan sendiri.Ini petanda tidak baik.

4.TUNJUKKAN CINTA ANDA.
Selepas berumahtangga,sesetengah orang kurang mengambil perhatian terhadap terhadap hati pasangan masing2.Ada yang kata....
Sudah kahwin untuk apa romantik lagi?
Itulah tanggapan yang salah.Rasa cinta dan sayang tidak salah diluahkan melalui sejambak bunga buat isteri ataupun menyediakan makan malam yang romantis untuk suami.Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah perkara yang mampu mengekalkan hubungan.

5. KAWAL PERASAAN.
Apabila sedang marah ataupun ada perkara yang mengganggu kita cuba bertenang dan bertanya kepada pasangan.Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana itu hanya akan membawa kepada pergaduhan Pasangan akan menghargai ,sekiranya kita bertenang ketika menghadapi sebarang situasi.

6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Berhenti mengungkit masa lalu yang negatif.Tidak ada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan apatah lagi kesilapan itu merupakan kenangan pahit ataupun memalukan.Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan kita sebagai senjata setiap kali berlaku pergaduhan.

7. KURANGKAN RASA CEMBURU.
Setiap individu tidak boleh lari daripada perasaan cemburu.Namun,cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana sikap itu boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya pada pasangan.

8.JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi kerana sikap ini akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita.Menjaga kepercayaan memerlukan komitmen supaya dapat membina satu perhubungan yang sihat.Apabila pasangan merasakan kita mula mengabaikan komitmen maka bersiap sedialah akan kehilangannya.

9. JUJUR.
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan.Jangan sesekali menipu pasangan kerana sikap itu antara punca suatu perpisahan.Kejujuran yang dimaksudkan ialah kejujuran dalam mengungkapkan perasaan kepada pasangan kita.Sekiranya kita terluka,katakan kita terluka.Beritahu dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.



sumber : buku 60 tip menjadi isteri cantik dan solehah.

Wednesday, February 6, 2013

Erti Bunga dan Warnanya


Say it with flowers, itulah ungkapan yang sering kita dengar untuk mengungkapkan sesuatu pada seseorang.

Bungalah yang selalu mewakili perasaan kita terhadap seseorang yang kita kasihi dan membuatkan ianya sangat bererti dalam hidup kita.
Bunga juga boleh kita manfaatkan dan menolong kita sebagai wakil untuk mengungkapkan perasaan yang tak mampu disampaikan dengan kata-kata.
Ada pelbagai macam jenis bunga dan setiap bunga memiliki ertinya yang tersendiri, contohnya :

BUNGA ANGGREK
Cinta, cantik, keindahan, kebijaksanaan, perhatian, perbaikan, Chinese symbol untuk banyak anak
Pink : kasih sayang murni
Kuning : keanggunan
Hitam : kekuasaan dan otoritas mutlak
Putih
 : keindahan, kelembutan, kemurnian, kepolosan, kebaikan
Merah : semangat, daya energi, kekuatan cinta
Lavender
 : memprovokasi percintaan dan keanggunan
Ungu : membangkitkan misteri dan ketidakpastian
Biru 
: bermakna dalam, kekuatan dan stabilitas
Bunga Akasia
BUNGA AKASIA
Cinta yang terpendam, cinta suci dan keindahan
Kuning : cinta rahasia
Merah muda dan Putih
 : persahabatan
Pink : keanggunan
Bunag Anyelir
BUNGA ANYELIR (CARNATION)
Ikatan kasih sayang, kesehatan, enegi dan daya tarik.
Pink : Aku tidak akan melupakanmu
Merah : Aku menginginkanmu, rasa kagum
Ungu = ketidak teraturan, bertingkah, berubah-ubah
Warna Solid
 : Ya
Bergaris : Tidak, penolakan
Kuning
 : Penolakan , penghinaan, kamu mengecewakanku
Putih : cinta murni, “good luck” (bila diberikan pada wanita), manis dan cantik.
Bunga Aster
BUNGA ASTER
Symbol cinta, keindahan, kecantikan dan kesabaran
Aster Cina
 : kesetiaan, kecemburuan
Bunga Catleya
BUNGA CATTLEYA
Pesona Dewasa
Lavender : ketenangan
Bunga Krisan
BUNGA CHRYSANTHEMUM
Kegembiraan, kasih sayang, persahabatan dan rahasia
Merah
 : Cinta
Putih : kejujuran/kebenaran, setia
Kuning
 : cinta yang bertepuk sebelah tangan
Ungu : keinginan kuat untuk sehat
Bunga Daisy
BUNGA DAISY
Kepolosan, kemurnian, kesucian, kesetiaan, kelembutan, kesederhanaan
Putih
 : kepolosan, cinta setia
Merah : kecantikan yang tidak diketahui pemiliknya, cinta, tulus, sederhana, cinta yang jauh dari gairah yang berlebihan, cinta diam-diam
Oranye
 : kehangatan, sukacita, semangat
Bunga Bakung
BUNGA LILY
Kemurnian, kesopanan, suci
Putih : pengabdian, persahabatan, simpati, mulia, murni, suci
Merah Muda
 : kekayaan dan kemakmuran
Orange: kebencian, penghinaan, kesombongan
Kuning
 : kebohongan, kepalsuan, keriangan
Bunag Mawar
BUNGA MAWAR
simbol cinta dan gairah
Pink : Sayangku, rasa kagum , kebahagiaan, “percayalah padaku”, terimakasih
Merah
 : Cinta , cantik , aku cinta padamu , rasa hormat , keberanian
Merah Hati : Kecantikan
Merah dan Putih
 : Simbol penyatuan
Merah dan Kuning : Ucapan selamat, persahabatan atau jatuh cinta
Kuning
 : Awal baru, kegembiraan, persahabatan ( dulu mawar kuning berarti ketidaksetiaan, cemburu)
Kuning dan Jingga : Semangat
Putih
 : Cinta Sejati, lugu, amat menyenangkan, rahasia dan diam
Jingga :Keinginan, antusiame
Peach
 : Manis, rasa terimakasih, apresiasi, kekaguman, simpati
Ungu : Keunikan, cinta pada pandangan pertama, perlindungan cinta ibu/ayah
Biru
 : Misteri
Hijau : Tenang
Hitam
 : Kematian
tulip
BUNGA TULIP
Cinta yang Sempurna
Putih : permohonan maaf
Merah
 : percayalah padaku , deklarasi cinta
Kuning : cinta yang tidak ada harapan, cinta bertepuk sebelah tangan
Orange
 : energi (semangat), hasrat dan gairah
Pink : peduli
Ungu
 : kebangsawanan
Dua warna : mata yang indah
Setiap bunga dengan warna berbeza boleh diinterpetasikan secara keilmuan dan tradisional.
Keilmuan:
Jika dibezakan dari segi keilmuan, warna diketahui boleh membawa efek ke dalam fikiran. Jadi, sesuatu warna boleh mempengaruhi kesenangan, tekanan dalam tubuh, meningkan tenga , atau bersifat menenangkan.
Tradisional:
1. Merah: melambangkan romantis
2. Kuning: melambangkan persahabatan
3. Putih: melambangkan penghormatan
4. Peach: melambangkan tanda terima kasih
5. Merah muda: melambangkan penghargaan
6. Oranye: melambangkan api semangat
7. Ungu: melambangkan cinta pada pandangan pertama
Bunga juga boleh digunakan sebagai pengubatan. Misalnya:
1. Hitam: boleh menimbulkan tenaga, percaya diri, dan meningkatkan kemampuan
2. Biru: memberikan ketenangan dalam fikiran dan jiwa. Warna ini juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi
3. Merah: digunakan untuk meningkatkan semangat dan pembangkit gairah
4. Hijau: memberikan relaks pada fikiran dan tubuh
5. Ungu: menimbulkan rasa tenang dan damai
6. Merah muda: memberikan ketenangan
7. Kuning: mencerminkan tenaga dan menyebarkan cahaya.


#dalam banyak-2 bunga ni ,aku lebih suka bunga TULIP .lagi-2 warna putih .nampak suci dan bersih je .rasa tenang sangat bila tengok bunga tulip tu .hehehe .ermmm .bunga ros tu ,ak tak berapa suka sangat#